RESEPI TAPAI PULUT


RESEPI TAPAI PULUT
===================
Pemilik resepi : Puteri Aliaa Aleeya
Pemilik Video resepi : MieZah Mie
bahan
1 kilo beras pulut [basuh dan toskan]
1 biji ragi [besar duit 50 sen] - [hancurkan dan ayakkan]
daun pisang atau daun getah atau daun jambu laut[hanya ada kat terengganu kot]
lidi untuk sepitkan daun
500 ml air untuk renjis/siramkan pada pulut
cara:
1. Masukkan pulut dalam periuk kukusan dan kukuskan pulut sehingga naik wap.
2. Keluarkan pulut dan siramkan ngan air dan gaulkan rata.
3. Kemudian kukus semula sehingga naik wap lagi.
4. Keluarkan pulut dan masukkan dalam talam [dulang] dan selerakkan pulut.
5. Biarkan pulut betul-betul sejuk [dalam 2 - 3 jam] dalam suhu bilik.
6. Taburkan rata2 ragi yg telah diayakkan tadi.
7. Gaulkan rata dan biarkan sebentar.
8. Bersihkan dan lapkan daun.
9. Kepalkan pulut sebesar bebola ikan dan masukkan dalam daun.
10. Klipkan dengan lidi dan masukkan dalam bekas.
11. Simpan bekas tu selama 24 jam baru lah dimakan.
NOTA: Sekiranya susah nak dapatkan daun..boleh juga kepalkan pulut tu dan susunkan berselangseli dalam bekas kaca. Tutupkan dan simpan selama 24 jam juga.
like & share 

No comments

Theme images by kcline. Powered by Blogger.